Isnin, 3 Januari 2011

Menarik!!!


Baru-baru ni anis ada beli sebuah buku tajuknya

SALAM JIBRIL KEPADA SAIDINA AISYAH R.A.

menarik... ianya adalah hadis2 pilihan drpd isteri kesayangan Rasulullah saw...


Antaranya ialah tentang 'Isteri Nabi Yang Panjang Tangan',

ermmm...jangan salah sangka ye bukan panjang tangan mencuri mcm dlm peribahasa melayu....


Hadis yang bersumber drpd Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a., katanya;

Rasulullah saw bersabda: Orang yg paling cepat menyusuliku di kalangan kamu adalah orang yang paling panjang tangannya.


Setelah mendengar sabda baginda, mereka pun mengukur tangan di antara mereka. Ternyata yang paling panjang tangannya diantara kami ialah Zainab, kerana beliau bekerja dengan tangannya sendiri dan suka bersedekah.

(HR.Muslim)


Ohhhhh... rupanya Zainab digelar wanita yg paling panjang tangannya kerana pemurah dgn sifat dermawannya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan