Isnin, 28 Februari 2011

Alhamdulillah dah dapat lesen L....

Alhamdulillah anis dah dapat gi amik lesen L kat Bukit Sentosa pagi tadi...
belajar lambat lagi lah... bulan 4... coz test JPJ 13/4....
okeylah, hujan and guruhlah...

Isnin, 21 Februari 2011

Bestnya tamrin baru-baru ni...

Anis baru je balik dari tamrin pilihanraya kat sg. besar. tapi disini anis tak nak ceritakan pasal pilihanraya tapi tentang tauhid dari ilmu yg anis dapat dari tamrin.

Antaranya ialah maksud AGAMA. Agama adalah ibarat daripada perhimpunan segala hukum. HUKUM pula ialah yang dihantar oleh Allah bagi tiap-tiap mukallaf melalui Rasulullah. 4 hukum yg utama ialah IBADAH, MUAMALAT, MUNAKAHAT,JENAYAH, AKIDAH, AHWALUL KIAMAT & sebagainya..
Tanda-tanda agama ada 4: *benar iktikad *benar qosad (ikhlas melakukan ibadat) *mengerjakan yang disuruh *meninggalkan perkara yang dilarang Allah.

ISLAM ialah menerima & mengikut akan tiap-tiap barang yg didatangkan dari Nabi Muhammad SAW oleh zahir seseorang. MUSLIM + MUKMIN = orang yang beragama. TAQWA ialah melepaskan diri daripada segala perkara yang memudharatkan agama. TAAT ialah pergerakan seluruh anggota.

Anggota manusia yang paling mulia selepas hati adalah telinga.

Isnin, 14 Februari 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H


Di kesempatan ini Anis ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW..

Huhh...seronoknya..

Anis baru beli henfon baru dari kawan umi. henfon baru pakai tak sampai sebulan pun lagi. henfon Nokia C3, dia jual RM350.. setelah dipikir2 anis jadi nak beli coz henfon anis dah nazak sangat, asyik mati line je.. seronok tak terperi la rasa... hehehehe...

Aktiviti tahun ni...

Semalam anis ikut umi pegi Ijtima' Muslimat PAS Hulu Selangor.Malamnya pula tok ndak Md Sabu ceramah kat Bukit Beruntung. kitaorang semua pegi. pak lang nampak cam bersemangat tak tau la dia faham ke tidak tok ndak cakap?

Tahniah.. Amri..

Tahniah amri sebab dah mula nak buat blog.. abah bagi cadangan pada amri suruh dia buat blog.. pastu yg menjadi assistant kena bantu dia kitaorang semua lah.. nak tambah bubuh jam, buh ipod, dan macam2 lagi...

Jumaat, 11 Februari 2011

Lamanya tak tulis blog...

wah... dah lama anis x menulis... kesian kat Aqil masuk wad lagi coz semput.. tapi anis cukup risau waktu abah semput pada hari khamis baru ni... yang paling abah risaukan ialah kalau kena tahan wad...
Alhamdulillah, lepas doktor check doktor tu kata tak payah masuk... fuhhh..lega rasa...

Khamis, 3 Februari 2011

Selamat tahun Baru Cina...




Anis ucapkan kepada semua kaum cina,,, Birthday abah n amir kitaorg sambut dengan agak meriah.. hari selasa, abah gi dialisis ngan amir... anis n iman wat pulut...
kitaorg design lawa...heheheheh puji sendiri...


lebih kurang dekat pukul 7 malam kitaorg panggil jiran2 sebelah umah... perancangan awal nak wat kol 8 malam tapi abah dah lapar,,, panggil terus jelah jiran2...


malam esoknya kitaorang pegi pizza hut cozz nak belanja makan lah... hehehehehe makan pizza baru sedap.......


hehhehe lupalak nak britahu birthday amir 1/2 n abah 2/2... Happy Birthday amir & abah... luv you...