Rabu, 19 Oktober 2011

Form 6... :)

Sekarang kitaorang tengah periksa akhir tahun... agak susah juga...
Anis sekarang ni rasa macam serba salah pun ada dan menyesal ada sikit.. tapi kalau anis masuk tempat lain pun... mungkin sama je....
Namun, form 6 ni memang menarik... kawan2 anis kata beruntung masuk form 6 coz klu MUET taklah susah sangat sebab kita akan speaking dgn kwn2 kita... and semuanya akan ujian kat sekolah kita je,,,,writing,speaking,listening,reading.... ( sebab baru2 ni kwn2 diaorg dtg amik MUET kat sek kitaorg...

Khamis, 4 Ogos 2011

Bertemu kembali....

Dah lama anis tak tulis blog... Anis sekarang ni masuk Form 6 kat SMK Sg Choh... Best jugak di Form 6 ni, kita dapat mendidik diri kita lebih....

Selain itu, anis masih boleh join Nisa' punya aktiviti lagi...

Masih banyak yang Anis nak tulis tapi anis nak solat terawih ni... kat rumah tapi berjemaah dgn abah. Oleh itu Anis ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

Khamis, 5 Mei 2011

Alhamdulillah...



Alhamdulillah.. anis lulus test jpj.. skrg anis dah ada lesen memandu kreta... seronok sesangat dan sedang menjinakkan diri dgn pemanduan.. tapi sedihlah tak dapat masuk ipta... anis dah membuat rayuan semoga berjaya..

Kawan-kawan pergi tak pesta buku baru2, best.. anis beli macam2 buku.. rasa macam nak pengsan tengok buku2 yg ada kat situ... geram.. macam nak beli semua je...

Rabu, 13 April 2011

Lamanya tak tulis blog....


Lama betul anis tak tulis blog... Alhamdulillah anis masih diberi kesempatan utk menulis semula sedikit coretan ttg anis.. Baru-baru ni result Spm anis tdklah memberngsangkan tapi Insyaallah lepas utk masuk ke IPT .. anis dapat 4A 2B 2C.. alhamdulillah...


Tapi anis agak sedih sedikitlah hari ni sebab pagi tadi anis ada test jpj... anis gagal jalanraya.. tapi anis kuatkan hati ini... anis akan amik test skali lagi pada 27hb ni pula...

Selasa, 8 Mac 2011

Usrah Bulanan Muslimat Zon

Semalam ada usrah bulanan muslimat zon di rumah anis. Dalam usrah tu kita akan diberikan tugas. Kebetulan pada usrah kali ni anis diberikan tugas untuk membincangkan hadis..
Anis menyampaikan hadis ke 19. Didalam usrah semalam anis tidaklah menyampaikan huraian hadis tersebut tetapi hanya isi2 penting yang boleh dibincangkan bersama..

Isnin, 28 Februari 2011

Alhamdulillah dah dapat lesen L....

Alhamdulillah anis dah dapat gi amik lesen L kat Bukit Sentosa pagi tadi...
belajar lambat lagi lah... bulan 4... coz test JPJ 13/4....
okeylah, hujan and guruhlah...

Isnin, 21 Februari 2011

Bestnya tamrin baru-baru ni...

Anis baru je balik dari tamrin pilihanraya kat sg. besar. tapi disini anis tak nak ceritakan pasal pilihanraya tapi tentang tauhid dari ilmu yg anis dapat dari tamrin.

Antaranya ialah maksud AGAMA. Agama adalah ibarat daripada perhimpunan segala hukum. HUKUM pula ialah yang dihantar oleh Allah bagi tiap-tiap mukallaf melalui Rasulullah. 4 hukum yg utama ialah IBADAH, MUAMALAT, MUNAKAHAT,JENAYAH, AKIDAH, AHWALUL KIAMAT & sebagainya..
Tanda-tanda agama ada 4: *benar iktikad *benar qosad (ikhlas melakukan ibadat) *mengerjakan yang disuruh *meninggalkan perkara yang dilarang Allah.

ISLAM ialah menerima & mengikut akan tiap-tiap barang yg didatangkan dari Nabi Muhammad SAW oleh zahir seseorang. MUSLIM + MUKMIN = orang yang beragama. TAQWA ialah melepaskan diri daripada segala perkara yang memudharatkan agama. TAAT ialah pergerakan seluruh anggota.

Anggota manusia yang paling mulia selepas hati adalah telinga.

Isnin, 14 Februari 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H


Di kesempatan ini Anis ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW..

Huhh...seronoknya..

Anis baru beli henfon baru dari kawan umi. henfon baru pakai tak sampai sebulan pun lagi. henfon Nokia C3, dia jual RM350.. setelah dipikir2 anis jadi nak beli coz henfon anis dah nazak sangat, asyik mati line je.. seronok tak terperi la rasa... hehehehe...

Aktiviti tahun ni...

Semalam anis ikut umi pegi Ijtima' Muslimat PAS Hulu Selangor.Malamnya pula tok ndak Md Sabu ceramah kat Bukit Beruntung. kitaorang semua pegi. pak lang nampak cam bersemangat tak tau la dia faham ke tidak tok ndak cakap?

Tahniah.. Amri..

Tahniah amri sebab dah mula nak buat blog.. abah bagi cadangan pada amri suruh dia buat blog.. pastu yg menjadi assistant kena bantu dia kitaorang semua lah.. nak tambah bubuh jam, buh ipod, dan macam2 lagi...

Jumaat, 11 Februari 2011

Lamanya tak tulis blog...

wah... dah lama anis x menulis... kesian kat Aqil masuk wad lagi coz semput.. tapi anis cukup risau waktu abah semput pada hari khamis baru ni... yang paling abah risaukan ialah kalau kena tahan wad...
Alhamdulillah, lepas doktor check doktor tu kata tak payah masuk... fuhhh..lega rasa...

Khamis, 3 Februari 2011

Selamat tahun Baru Cina...




Anis ucapkan kepada semua kaum cina,,, Birthday abah n amir kitaorg sambut dengan agak meriah.. hari selasa, abah gi dialisis ngan amir... anis n iman wat pulut...
kitaorg design lawa...heheheheh puji sendiri...


lebih kurang dekat pukul 7 malam kitaorg panggil jiran2 sebelah umah... perancangan awal nak wat kol 8 malam tapi abah dah lapar,,, panggil terus jelah jiran2...


malam esoknya kitaorang pegi pizza hut cozz nak belanja makan lah... hehehehehe makan pizza baru sedap.......


hehhehe lupalak nak britahu birthday amir 1/2 n abah 2/2... Happy Birthday amir & abah... luv you...

Ahad, 30 Januari 2011

ermmmm...


Anis hari ni mood okey...

tapi tengah hari tadi anis nak makan buah jambu batu...

anis pun nak potong lah buah tu...

mungkin anis tak tengok kot mata pisau tu...

terus terkena jari..

luka... darah keluar tak nak brenti...

pedih betul... mungkin ada hikmah disebaliknya...


haiiiiii...

lambat lah plak nak blajar kreta...

17/2 baru nak kursus utk amali kat kreta...


hish... bosan klu cam ni kena tunggu lama utk amik lesen...

tapi risau juga bila nak kena test JPJ...

heheheheeheh

Jumaat, 28 Januari 2011

Alhamdulillah...


Tadi gi kelas amali...

pastu dapat tarikh utk amali dlm kereta 17 Februari pukul 2 ptg...

perasaan anis seronok sangat sebab x lama lagi anis akan ada lesen...

tadi kat kelas jumpa kawan anis sekolah rendah..

Sharifah Shahirah,,,,

ermmmm...

memang rasa macam x sabar2 nak belajar memandu...

tapi takut pun ada...

hehehehhe

Rabu, 26 Januari 2011

hai...kawan-kawan...


Anis malam ni bolehlah nak dikatakan dengan mood.........

Tiada masalah...

Anis sekarang ni kan klu ikut hati nak keje...

tapi mengenangkan lesen kete blum dpt lg malas nak keje..

coz nanti susah plak nak minta cuti..hehehhe

tapi anis x dok kat umah je...

anis akan teman abah gi dialisis..

so anis x lah kebosanan sgt...

Rabu, 19 Januari 2011

Hari ni cuti.. Tasnim and sofia mai...


Hari ni cuti thaipusam...

abah gi dialisis seperti biasa tapi umi teman..

Amar gi pemilihan kumpulan nasyid sekolah...

tasnim n sofia mai..

Bukan main hepi lagi ..

terhibur rasa hati..

hahahahahaha...

Selasa, 18 Januari 2011

Syukur Alhamdulillah....


Ya Allah...

Anis seronok betul hari ni sebab anis lulus ujian komputer lesen memandu..

Anis baru je mengikuti kursus pada 16/1 baru2 ni,

pastu anis amik tarikh hari ni 18/1 utk ujian komputer...

semalam langsung tak pegi wat latihan kat cwgn di bukit sentosa...

Pastu datang try buat kat komputer di situ...

pertama anis buat dapat 41/50(GAGAL).. markah lulus 42...

Buat kali ke-2 dapat 45/50... terus anis amik no.

Bila buat yang sebenar alhamdulillah anis dapat 48/50...

so apa lagi anis bersorak hepi la...

dan anis bersyukur kepada Allah kerana membantu anis...

Jumaat, 14 Januari 2011

Hari ni Aqil Happy Good Lucky...


Aqil Nawfal sepupu anis ni hari ni happy sesangat..

Walaupun pagi tadi agak muram...

pagi2 dah kena pam sebab dia ada semput...

pastu dia ikut kitaorg gi kedai...

diam je dlm kereta...

dekat2 nak balik aku tidurkan dia..

sempat la tidur dalam bebrapa minit..

terjaga!! terus segar bugar...

berlari2 la.. melukislah... kejar2lah...

mulut lagi tak boleh brenti...

Mama dia ajak balik tidur pun dia tak mau...

rumah dia sebelah rumah anis je...

hehehehe

memang puas lah dia main hari ni...


Khamis, 13 Januari 2011

Wah!!! Tasnim dah sekolah hari ini...


Aisyah tasnim dah masuk sekolah hari ni...

Wah... kakak tasnim dah besar la.. 4tahun la...

Tasnim ni sepupu Anis..

Kejap lagi sampai la dia kat umah anis nak cerita pasal sekolah dia tadi..

Excited betul dia...

Dia punya birthday pun baru lepas 11/1 baru2 ni...
Tadi anis ngan abah mencari hadiah utk dia...
menarik.. mainan piza...
hahaha.. boleh serve piza kat kitaorang ye tasnim..

Selasa, 11 Januari 2011

DiDik diRi suPaYa meNgeNaLi Diri


Sentiasa teguhkan dlm diri...

keyakinan diri kita....

supaya kita mengenali diri kita...

jangan mengatakan diri kita lemah selagi kita belum berjuang...

Kuatkan semangat utk terus maju...

Ahad, 9 Januari 2011

JuSt foR RiLeKs...


Kenapa orang Malaysia dikatakan orang yang kuat dan memang mempunyai kuasa yang luar biasa???


Sebab orang Malaysia makan kayu, besi, batu....

Semua dia nak makan...

hahahhaha


makan kayu????


yelah... ubi kayu,belimbing besi& jambu batu...

Sape kata kita makan ape saje tolak batu ngan kayu je...

hehehhehe... just for rileks.....

Khamis, 6 Januari 2011

Teman abah gi dialisis...


Erm.. tadi teman abah gi dialisis kat hospital selayang...

Abah dah sampai target DRY WEIGHT yg doktor target kat abah...

Alhamdulillah...

tapi abah kata nak turunkan lagi berat badan....

Insyaallah....

Selasa, 4 Januari 2011

Macam-macam ragam...


Bila dah mula sekolah ni macam2 ragam adik anis tengok...

kat umah...adik anis yg bongsu cuba membuli anis...

suruh tengok jadual la... suruh buat keje sek dia la...

dia cemburu tgk anis tak sek....


pastu time nak study...

nak gi sek pun masih buat perangai...

suruh cari baju.. seterika...

memang adik anis ni manja...

kadang2 tu saja cari pasal ngan anis...

Isnin, 3 Januari 2011

Menarik!!!


Baru-baru ni anis ada beli sebuah buku tajuknya

SALAM JIBRIL KEPADA SAIDINA AISYAH R.A.

menarik... ianya adalah hadis2 pilihan drpd isteri kesayangan Rasulullah saw...


Antaranya ialah tentang 'Isteri Nabi Yang Panjang Tangan',

ermmm...jangan salah sangka ye bukan panjang tangan mencuri mcm dlm peribahasa melayu....


Hadis yang bersumber drpd Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a., katanya;

Rasulullah saw bersabda: Orang yg paling cepat menyusuliku di kalangan kamu adalah orang yang paling panjang tangannya.


Setelah mendengar sabda baginda, mereka pun mengukur tangan di antara mereka. Ternyata yang paling panjang tangannya diantara kami ialah Zainab, kerana beliau bekerja dengan tangannya sendiri dan suka bersedekah.

(HR.Muslim)


Ohhhhh... rupanya Zainab digelar wanita yg paling panjang tangannya kerana pemurah dgn sifat dermawannya itu.

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011...


Selamat tahun baru...

Semoga tahun 2011 ini membawa perubahan kepada diri kita...

dari segi rohani dan jasmani kita...


kepada adik2 yg nak amik periksa tahun ni...

Semoga berjaya...


Belajar rajin2 ye....

Semoga tahun ni membawa beribu makna kepada diri kita..

InsyaAllah...