Rabu, 31 Oktober 2012

Lama betul tak tulis....

Assalamualaikum....

 Lama betul tak tulis blog.... tup2 lagi 18 hari nak exam STPM .... (19/11/12 -12/12/12)

Bersediakah aku???

harap dapat jawab dengan baik....doakan ye....

Rabu, 19 Oktober 2011

Form 6... :)

Sekarang kitaorang tengah periksa akhir tahun... agak susah juga...
Anis sekarang ni rasa macam serba salah pun ada dan menyesal ada sikit.. tapi kalau anis masuk tempat lain pun... mungkin sama je....
Namun, form 6 ni memang menarik... kawan2 anis kata beruntung masuk form 6 coz klu MUET taklah susah sangat sebab kita akan speaking dgn kwn2 kita... and semuanya akan ujian kat sekolah kita je,,,,writing,speaking,listening,reading.... ( sebab baru2 ni kwn2 diaorg dtg amik MUET kat sek kitaorg...

Khamis, 4 Ogos 2011

Bertemu kembali....

Dah lama anis tak tulis blog... Anis sekarang ni masuk Form 6 kat SMK Sg Choh... Best jugak di Form 6 ni, kita dapat mendidik diri kita lebih....

Selain itu, anis masih boleh join Nisa' punya aktiviti lagi...

Masih banyak yang Anis nak tulis tapi anis nak solat terawih ni... kat rumah tapi berjemaah dgn abah. Oleh itu Anis ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

Khamis, 5 Mei 2011

Alhamdulillah...



Alhamdulillah.. anis lulus test jpj.. skrg anis dah ada lesen memandu kreta... seronok sesangat dan sedang menjinakkan diri dgn pemanduan.. tapi sedihlah tak dapat masuk ipta... anis dah membuat rayuan semoga berjaya..

Kawan-kawan pergi tak pesta buku baru2, best.. anis beli macam2 buku.. rasa macam nak pengsan tengok buku2 yg ada kat situ... geram.. macam nak beli semua je...

Rabu, 13 April 2011

Lamanya tak tulis blog....


Lama betul anis tak tulis blog... Alhamdulillah anis masih diberi kesempatan utk menulis semula sedikit coretan ttg anis.. Baru-baru ni result Spm anis tdklah memberngsangkan tapi Insyaallah lepas utk masuk ke IPT .. anis dapat 4A 2B 2C.. alhamdulillah...


Tapi anis agak sedih sedikitlah hari ni sebab pagi tadi anis ada test jpj... anis gagal jalanraya.. tapi anis kuatkan hati ini... anis akan amik test skali lagi pada 27hb ni pula...

Selasa, 8 Mac 2011

Usrah Bulanan Muslimat Zon

Semalam ada usrah bulanan muslimat zon di rumah anis. Dalam usrah tu kita akan diberikan tugas. Kebetulan pada usrah kali ni anis diberikan tugas untuk membincangkan hadis..
Anis menyampaikan hadis ke 19. Didalam usrah semalam anis tidaklah menyampaikan huraian hadis tersebut tetapi hanya isi2 penting yang boleh dibincangkan bersama..

Isnin, 28 Februari 2011

Alhamdulillah dah dapat lesen L....

Alhamdulillah anis dah dapat gi amik lesen L kat Bukit Sentosa pagi tadi...
belajar lambat lagi lah... bulan 4... coz test JPJ 13/4....
okeylah, hujan and guruhlah...